Tampilkan postingan dengan label 2. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 2. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

2 Lelaki Ditangkap Jadikan Gadis Hamba Seks

2 Lelaki Ditangkap Jadikan Gadis Hamba Seks

SEORANG remaja wanita yang dilaporkan hilang telah dijumpai di sebuah ladang ganja di California.
Pihak polis mendakwa gadis itu telah dikurung di dalam peti besi bersaiz 1 meter yang diubah suai sebagai ‘penjara’ dan dijadikan sebagai hamba seks untuk beberapa hari.
Memetik laporan KGO TV San Francisco, gadis itu telah dibawa ke pusat perlindungan manakala dua suspek lelaki, Ryan Balletto, 30 dan Patrick Pearmain, 25 telah ditangkap.
Kedua-dua lelaki itu ditangkap atas kesalahan menculik gadis berumur 15 tahun, merogol serta dijadikan hamba seks.
Gadis itu dilaporkan hilang di Los Angeles pada April lalu namun tidak pasti bila sebenarnya gadis itu hilang.
Gadis itu telah menghubungi polis dan memberitahu dia berada dalam keadaan selamat.
Pihak polis telah mengesan talian itu dan didapati panggilan tersebut dibuat di sebuah motel di barat Sacramento dimana dia dan dua lagi suspek dijumpai.
Polis turut merampas 1400 pasu pokok ganja, 22 laras senjata api yang disorokkan termasuk senapang dan pistol serta rak kayu yang digunakan untuk aktiviti perhambaan seks.
Pihak berkuasa juga mendakwa berkemungkinan suspek juga mempunyai beberapa orang lagi mangsa yang masih belum dapat dikenal pasti.
Oleh: HARITS ASYRAF

Kamis, 26 Desember 2013

Pilihan raya kampus Pro M kuasai 2 IPTA

Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Aspirasi meneruskan penguasaan pilihan raya kampus sesi 2012/2013 dengan memenangi dua pertiga pusat pengajian tinggi awam.

Pada pilihan raya kampus yang diadakan secara berperingkat dan selesai malam tadi, Pro-Aspirasi dipercayai menang di 17 universiti.

Pro-Mahasiswa pula mengekalkan kemenangan mereka di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas, dijangka diadakan minggu depan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM)pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada pemilihan ini hanya akan diumumkan 1 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2012, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, keputusan akan diumumkan selepas proses bantahan dan rayuan selesai.

"Bantahan akan dijalankan esok (hari ini)dan keputusan bantahan pada 27 September, kemudian rayuan terhadap keputusan pula pada 28 September dan Keputusan rayuan pada 30 September.

"Jadi, keputusan rasmi akan diumumkan 1 Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sebanyak 80.37 peratus pelajar keluar mengundi di Serdang dan 90 peratus di Kampus Bintulu, Sarawak, daripada 25,006 pelajar.
Usaha mendapatkan komen jurucakap Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa masih belum berhasil. Bagaimanapun difahamkan kumpulan Pro-Mahasiswa akan mengadakan sidang media di ibu negara hari ini.

Berdasarkan maklumat diperoleh dari seluruh negara, Pro-Aspirasi menang di Universiti Tun Hussein Malaysi, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknikal Malaysia. Pusat pengajian tinggi ini dimenangi Pro-Aspirasi setakat Khamis lalu.
Semalam, ia meneruskan penguasaan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terenganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPM dan Universiti Sains Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia.
Pengurusan tiga universiti sebelum ini mengumumkan bahawa tidak ada kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di kampus masing-masing, antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu serta Universiti Teknikal Malaysia,

Sekiranya ketiga-tiga universiti berkenaan dikategorian tidak memihak mana-mana kumpulan, kumpulan Pro-Aspirasi dilihat menguasai sehingga 14 pusat pengajian tinggi awam.
Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan pengaruh di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengadakan pemilihan semula dilihat menarik untuk diikuti.

Minggu, 22 Desember 2013

MB 2 syarikat konsesi respon S’ngor mahu ambil alih pengurusan air

(Oleh Sidiqin Omar)
SHAH ALAM 31 Jan: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua syarikat konsesi sudah respon mengenai pengambilalihan perkhidmatan air oleh kerajaan Selangor sepertimana diberitahu Menteri Besar mengenai perkara itu semalam.
“Kerajaan negeri mendapat maklumbalas dari dua syarikat yang terlibat perkhidmatan air negeri.
1“Tapi kita tak boleh namakan (syarikat tersebut) sekarang. Dua dari syarikat ini ada syarikat induk yang berada dalam penyenaraian awam. Ada bahagian-bahagian maklumat yang sensitif,” kata Khalid pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Perkembangan ini susulan pemberitahuan beliau tentang tempoh dua minggu ditetapkan Selangor untuk pengambilalihan itu.

Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memperinci pengambilalihan perkhidmatan air negeri itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).
Beliau merujuk kenyataan Chin Fah Kui pagi tadi mengatakan tidak menerima surat pemakluman berkenaan perkara tersebut.
“Dia membalas secara umum. Dia setuju merujuk kepada Akta Suruhanjaya Air. Dalam akta itu ada prosedur bagaimana pengambilalihan dibuat. Kita tulis selanjutnya supaya dia terima,” jelas Khalid.

Tambahnya, dokumen tawaran pengambilalihan akan turut diserah kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Puncak Niaga dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).
“Ini akan dibuat selepas 14 hari,” kata Khalid.
Semalam, kerajaan Selangor menulis surat kepada Fah Kui memaklumkan pengambilalihan perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.
Pengambilalihan akan diteruskan dalam tempoh itu sekiranya kementerian tidak memberi sebarang maklum balas, menurut Khalid.

Fah Kui dalam kenyataan berkata, Pusat tidak akan menghalang Selangor mengambilalih perkhidmatan air jika semua pihak bersetuju.
Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini pula menyatakan Pusat tiada halangan untuk Selangor mengambilalih perkhidmatan air.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah