Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Berhati Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini 10 Gambar

Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis.. 



















Sabtu, 22 Februari 2014

Surendran Suruh Tengku Adnan Jadi Sami


Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa kerja-kerja perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman merupakan sebahagian usaha mencantikkan kuil itu adalah “putar belit politik peringkat tertinggi”, kata Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

“Perobohan dia kata usaha hendak mencantikkan – inilah putar belit politik tertinggi yang palsu, tidak tahu malu dan berbohong secara nyata,” kata Surendran sewaktu protes ringkas menuntut kerajaan menghentikan perobohan tersebut di pintu pagar Parlimen pagi tadi.

Menurutnya, jika kerajaan benar-benar mahu mencantikkan kuil itu seperti didakwa Tengku Adnan, ia tidak akan dilakukan secara paksa.

Sebaliknya, kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada kuil itu dan bukannya mengecilkan tapak kuil itu kepada hanya 500 kaki persegi daripada kira-kira 6000 kaki persegi sebelum ia dirobohkan, kata Surendran lagi.

Mengulas dakwaan Tengku Adnan yang mendakwa kuil itu hanyalah tempat pemujaan dan bukan kuil sebenar, Surendran berkata ia bukan urusan Tengku Adnan untuk menentukan sama ada bangunan itu adalah kuil atau bukan.

“Saya tak tahu sejak bila Tengku Adnan jadi pakar Hinduisme.

“Kalau dia pakar, dia letak jawatan dan jadi samilah. Bukan bidang beliau untuk bercakap tentangnya.

“Sekarang kuil itu hendak sembahyang pun sudah tak boleh,” katanya merujuk kepada kemusnahan yang dialami kuil itu selepas dirobohkan.- Malaysiakini.com

Jumat, 20 Desember 2013

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet

PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.
Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.
Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.
Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).
Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.
Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi

Minggu, 15 Desember 2013

Tun Dr Mahathir takut kalau Anwar jadi PM

Mahathir: Hadi lebih layak jadi PM banding Anwar

22 November 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
 
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mengulas mengenai ungkapan parti syaitan yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
 
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah parti syaitan.
 
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
 
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai parti syaitan itu namun beliau enggan menamakannya.  - Bernama
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah