Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Mahu fokus kepada kerja

Bertemu dengan pelakon jelita dikenali sebagai Tasha Shilla ini, banyak topik dibualkan. Apa tidaknya, kebelakangan ini tidak banyak paparan mengenai pelakon berusia 26 tahun ini terlihat kerana dia seolah memencilkan diri daripada limpahan publisiti.
Jika diperhatikan, sejak 2013 membuka tirai cerita panas mengenai pemilik nama penuh Natashasheila Abdul Razak ini jarang sekali menghiasi dunia media hiburan. Paling mendapat perhatian umum pun hanyalah gosip hubungannya dengan bintang bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli yang bertiup kencang sekitar April lalu.
Itu pun kontroversi itu hanya singgah sementara dan selepas itu nama Tasha kembali senyap.

Justeru, saat bertemu pelakon ini, pertanyaan mengenai hal itu lantas diajukan kepadanya bagi mendapatkan penjelasan sebenar.
Foto

“Saya rasa sekarang adalah waktu paling sesuai untuk saya lari seketika daripada publisiti yang tidak berkaitan kerjaya.

Rabu, 19 Februari 2014

Ganti rugi bekas tahanan ISA dikurangkan dari 3 3 juta kepada RM300 000

sinarharian
3 Disember 2012
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan bekas tahanan Akta Kelamatan Dalam Negeri (ISA) Badrul Zaman P.S. Mohamad yang ditahan menyalahi undang-undang tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi yang diberikan kepadanya dari RM3.3 juta kepada RM300,000.
 
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang mengetuai panel  hakim tiga anggota sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan superintenden Pusat Tahanan Ententing, timbalan menteri Dalam Negeri dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penahanan Badrul Zaman menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.
 
Bagaimanapun, panel itu, yang terdiri daripada Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan mereka berhubung kuantum.
 
"Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum (memberi RM3.3 juta kepada Badrul Zaman) diketepikan dan digantikan dengan anugerah RM300,000," kata Syed Ahmad Helmy.
 
Mahkamah juga memerintahkan Badrul Zaman dibayar lapan peratus faedah setahun dari tarikh kes saman itu difailkan pada 30 Nov 1994 sehingga kes itu selesai.

Mahkamah juga memberi RM15,000 kos guaman kepada Badrul Zaman.
 
Sebaik mendengar keputusan itu, Badrul Zaman berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim. 
 
Peguam Badrul Zaman, M.Manoharan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah memberitahu pemberita selepas prosiding bahawa dengan faedah, jumlah ganti rugi yang bakal diperoleh anak guamnya mencecah lebih RM800,000.
 
Manoharan yang juga bekas tahanan ISA berkata beliau gembira tahanan anak guamnya diisytiharkan menyalahi undang-undang, tetapi berkata beliau akan membawa isu berhubung kuantum ke Mahkamah Persekutuan.
 
Badrul Zaman ditahan selama tiga tahun dari 1991, atas dakwaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing. 
 
Perintah tahanannya dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi berkuat kuasa 14 September 1993.
 
Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama selama dua tahun.
 
Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu untuk tempoh dua tahun lagi yang dikeluarkan timbalan menteri Dalam Negeri.
 
Beliau dibebaskan pada 1994 selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan habeas corpusnya.
 
Peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili superintenden Pusat Tahanan Ententing, timbalan menteri Dalam Negeri dan kerajaan. - Bernama

Minggu, 22 Desember 2013

Neelofa Beri Masa 7 Hari Kepada Anzalna Untuk Respons

Hari ini telah berlangsung sidang media oleh Neelofa di One World Hotel untuk memberikan penjelasan dan menuntut 2 perkara daripada Anzalna. Sidang media ini ialah susulan kenyataan Anzalna yang disifatkan oleh Neelofa sebagai fitnah 100% di dalam sisipan BiPop Ahad lalu.

anzalna neelofa


Neelofa yang tampil bersama peguamnya telah pun menghantar notis tuntutan kepada Anzalna secara pos daftar dan serahan tangan. Jika Anzalna tidak memberikan respons selepas 7 hari, tindakan mengikut undang-undang yang seterusnya akan diambil oleh pihak Neelofa. Kata Neelofa:-
Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi. Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya.
Sekiranya tiada bukti yang didedahkan oleh Anzalna atas tuduhan ini, Lofa berkata yang Anzalna perlu membuat “public apology” untuk membersihkan nama Neelofa. Nampaknya Neelofa telah pun bertindak mengikut saluran yang sah. Kini sudah tiba giliran Anzalna untuk mengeluarkan segala bukti seperti yang dikatakan di dalam BiPop sekiranya. Kredit foto dan info kepada OhBulan dan RotiKaya
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah