Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Mahu fokus kepada kerja

Bertemu dengan pelakon jelita dikenali sebagai Tasha Shilla ini, banyak topik dibualkan. Apa tidaknya, kebelakangan ini tidak banyak paparan mengenai pelakon berusia 26 tahun ini terlihat kerana dia seolah memencilkan diri daripada limpahan publisiti.
Jika diperhatikan, sejak 2013 membuka tirai cerita panas mengenai pemilik nama penuh Natashasheila Abdul Razak ini jarang sekali menghiasi dunia media hiburan. Paling mendapat perhatian umum pun hanyalah gosip hubungannya dengan bintang bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli yang bertiup kencang sekitar April lalu.
Itu pun kontroversi itu hanya singgah sementara dan selepas itu nama Tasha kembali senyap.

Justeru, saat bertemu pelakon ini, pertanyaan mengenai hal itu lantas diajukan kepadanya bagi mendapatkan penjelasan sebenar.
Foto

“Saya rasa sekarang adalah waktu paling sesuai untuk saya lari seketika daripada publisiti yang tidak berkaitan kerjaya.

Minggu, 09 Februari 2014

Doreaemon Mahu Diharamkan Di Bangladesh


Siapa di sini gemar dengan anime Daraemon? Kami yakin kebanyakkan pembaca Siakap Keli gemar memonton anime ini semasa kecil. Di Bangladesh anime ini menjadi kontroversi nasional kerana dikatakan menjadikan anak-anak Bangladesh pemalas, suka ponteng sekolah dan menjadi agen India dalam menghancurkan bahasa kebangsaan Bangladesh.


Anime Doraemon ditayangkan di Disney Channel India yang boleh ditonton di Bangladesh. Untuk versi tempatan, anime ini dialih bahasa kepada bahasa Hindi. Ibu-bapa serta ahli politik risau anak muda Bangladesh mempelajari bahasa Hindu, bahasa kegunaan jiran mereka India dan akan melupakan bahasa kebangsaan iaitu Bengali. Selain daripada itu mereka juga mengatakan Nobita memupuk semangat malas kerana sentiasa memerlukan bantuan Doreaemon untuk segala benda. Ahli politik Bangla mahukan anime ini diharamkan dari tayang TV tempatan sebelum anak-anak Bangladesh menjadi pemalas. Di dalam beberapa laporan akhbar tempatan ada juga ibu bapa menyalahkan masalah ponteng sekolah terhadap Doraemon. What the what?


Aneh Bangladesh! Di Malaysia Doraemon tidak pernah menjadi isu negara. Tak ada pula anak Malaysia yang jadi malas dan ponteng sekolah kerana kucing robot bewarna biru ini. Sebab inilah negara kita lebih berkualiti dan berdaya saing berbanding Bangladesh. Terima kasih Dato Seri Najib kerana tidak pernah menyalahkan Doraemon keatas masalah negara. Beliau hanya menyalahkan agen Yahudi iaitu Pakatan Rakyat sahaja. #LULZ


Selasa, 04 Februari 2014

92 rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum PRU

Friday, May 25, 2012

 
Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 -  menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

Keputusan itu hampir sebulat suara di kalangan responden pelbagai bangsa, kumpulan umur, jantina, pendapatan dan kawasan, dengan lebih 90 peratus daripada setiap kumpulan, menjawab dengan positif.

Kira-kira separuh atau 48 peratus daripada kumpulan yang sama juga berkata mereka tidak yakin dengan daftar pemilih.[Malaysiakini]

Minggu, 22 Desember 2013

MB 2 syarikat konsesi respon S’ngor mahu ambil alih pengurusan air

(Oleh Sidiqin Omar)
SHAH ALAM 31 Jan: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua syarikat konsesi sudah respon mengenai pengambilalihan perkhidmatan air oleh kerajaan Selangor sepertimana diberitahu Menteri Besar mengenai perkara itu semalam.
“Kerajaan negeri mendapat maklumbalas dari dua syarikat yang terlibat perkhidmatan air negeri.
1“Tapi kita tak boleh namakan (syarikat tersebut) sekarang. Dua dari syarikat ini ada syarikat induk yang berada dalam penyenaraian awam. Ada bahagian-bahagian maklumat yang sensitif,” kata Khalid pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Perkembangan ini susulan pemberitahuan beliau tentang tempoh dua minggu ditetapkan Selangor untuk pengambilalihan itu.

Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memperinci pengambilalihan perkhidmatan air negeri itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).
Beliau merujuk kenyataan Chin Fah Kui pagi tadi mengatakan tidak menerima surat pemakluman berkenaan perkara tersebut.
“Dia membalas secara umum. Dia setuju merujuk kepada Akta Suruhanjaya Air. Dalam akta itu ada prosedur bagaimana pengambilalihan dibuat. Kita tulis selanjutnya supaya dia terima,” jelas Khalid.

Tambahnya, dokumen tawaran pengambilalihan akan turut diserah kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Puncak Niaga dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).
“Ini akan dibuat selepas 14 hari,” kata Khalid.
Semalam, kerajaan Selangor menulis surat kepada Fah Kui memaklumkan pengambilalihan perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.
Pengambilalihan akan diteruskan dalam tempoh itu sekiranya kementerian tidak memberi sebarang maklum balas, menurut Khalid.

Fah Kui dalam kenyataan berkata, Pusat tidak akan menghalang Selangor mengambilalih perkhidmatan air jika semua pihak bersetuju.
Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini pula menyatakan Pusat tiada halangan untuk Selangor mengambilalih perkhidmatan air.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah