Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Silap Cam Anak Sangka Ibu Maut Kemalangan


GARA-gara silap silap dalam mengecam ‘mayat’ ibu mereka, 11 beradik di Colombo terkejut apabila wanita itu tiba-tiba kembali ke rumah selepas tujuh hari ‘kematiannya’.

Memetik laporan akhbar Sri Lanka Mirror, pengecaman terhadap mayat wanita yang maut akibat
kemalangan itu dilakukan oleh 10 dari 11 anaknya.

Mayat itu diserahkan kepada keluarga itu selepas selesai bedah siasat.

Bagaimanapun, kemunculan semula ibu mereka pada majlis berkabung akhirnya menemukan jawapan sebenar.

Rupa-rupanya, dia berada di sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan kepada penyakit yang tidak dinyatakan sepanjang tujuh hari.

Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan semula identiti mayat wanita yang maut tersebut.

Oleh: ELZA

Sabtu, 21 Desember 2013

Lelaki Langgar Teman Wanita Hingga Maut

Lelaki

Seorang lelaki didakwa di mahkamah daerah Singapura semalam yang menyebabkan teman wanitanya mati di sebuah kawasan letak kereta di Jurong pada Ahad dua minggu lalu.
Pemandu logistik, Liu Zhingwei, 31, dituduh memandu keretanya kehadapan sementara teman wanitanya yang juga merupakan seorang guru tadika, Li Minna, 32, sedang berdiri dihadapan kereta tersebut.
Kejadian tersebut telah meragut nyawa teman wanitanya itu.
Justeru, dia disabitkan pertuduhan perlakuan yang tidak disengajakan yang menyebabkan kematian seseorang.
Liu dipercayai meninggalkan tempat kejadian setelah teman wanitanya dilanggar.
Namun, masih tidak mengetahui adakah dia akan mengaku bersalah.
Kemalangan tersebut berlaku pada 14 Julai lalu di tempat letak kereta Bird Park Drive, off Jalan Ahmad Ibrahim lebih kurang jam 9.30 malam.
Memetik laporan The Straits Times, pasangan tersebut telah menjalinkan hubungan selama setahun dan telah tinggal bersama di sebuah flat di Jurong sejak Mac tahun ini.
Dalam pada itu, akhbar Lianhe Wanbao melaporkan pasangan itu merupakan jiran dan juga rakan sekelas dari Changchun, wilayah Jilin, China.
Mereka menjalinkan hubungan ketika berjumpa semula di Singapura lebih setahun lalu.
Permohonan reman terhadap Liu diluluskan selama seminggu oleh hakim bagi memberi masa kepada Jabatan Polis Bedok untuk melakukan siasatan lanjut.
Sidang mahkamah seterusnya akan diadakan pada 29 Julai ini.
Jika bersalah, Liu akan menghadapi lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: The Straits Times
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah