Tampilkan postingan dengan label tun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tun. Tampilkan semua postingan

Minggu, 22 Desember 2013

TPP Kefahaman rakyat masih rendah Mungkinkah Tun M dan DSAI akan sepentas


Badrul Hisham Shaharin 
  •  Badrul Hisham Shaharin
KUALA LUMPUR – Wakil Badan Bertindak Bantah TPP (Bantah), CheGu Bard berkata kadar kefahaman rakyat terhadap isu perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) cukup rendah.

Namun, selepas beberapa siri jelajah dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia, beliau akui ada sedikit perubahan apabila orang ramai mula bercakap soal TPP.

“Kadar kefahaman rakyat cukup rendah. Sebab itu, kami berjuang betul-betul. Saya rasa paling tidak mula meningkat sedikit apabila orang ramai mula bercakap soal TPP, sekarang. Orang mula bercakap tentang padi, beras, ubat, tembakau dan sebagainya.

“Apabila kami memberi contoh-contoh, adalah contoh-contoh yang memang berlaku. Jadi, saya rasa rakyat sudah mula memahami,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media #BantahTPPA, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan memberitahu, seluruh jawatankuasa yang terlibat telah mengedarkan risalah ‘Malaysia Bukan Untuk Dijual’ bagi memberi pendedahan kepada orang ramai berhubung isu TPP ini.

“Jelajah semalam yang terakhir di Selangor. Beratus ribu risalah ‘Malaysia Bukan Untuk Dijual’ telah kami edarkan ke seluruh negara.

“Kita terima sambutan yang baik. Mood dan momentum TPP ini juga turut dibentuk,” katanya.

Mengulas lanjut soal hasrat mereka untuk membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pentas Perdana : Selamatkan Kedaulatan Negara, Tolak TPPA, esok malam, beliau yakin keduanya cukup matang untuk mengetepikan isu politik domestik.

“Jika Tun M dan DSAI hadir, bagi saya, kedua-duanya negarawan yang faham sempadan masing-masing...yang faham isu ini (TPP).

“Saya hormati Tun M dan DSAI. Saya percaya kedua-duanya matang untuk membawa rakyat membantah dan menyelamatkan kedaulatan negara,” katanya.

Pentas Perdana bakal berlangsung malam esok di Kampung Baru dan satu himpunan aman #BantahTPPA dijadualkan, Jumaat ini

Minggu, 15 Desember 2013

Tun Dr Mahathir takut kalau Anwar jadi PM

Mahathir: Hadi lebih layak jadi PM banding Anwar

22 November 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.
 
Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mengulas mengenai ungkapan parti syaitan yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata: "Beliau sendiri bekerjasama dengan syaitan, itu syaitan yang saya tahu, beliau bekerjasama dengan syaitan itulah."
 
Dalam ucapannya pada muktamar Pas minggu lepas, Anggota Parlimen Marang itu mengkritik sebuah parti syaitan.
 
"Parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya - syaitan yang orang tahu - tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua", kata Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya Jumaat lepas.
 
Pada sidang akhbar kemudian, Abdul Hadi diminta memperjelaskan mengenai parti yang dimaksudkan sebagai parti syaitan itu namun beliau enggan menamakannya.  - Bernama
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah