Tampilkan postingan dengan label walaupun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label walaupun. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Anwar Putrajaya gagal tangani isu Lahad Datu walaupun selepas 23 hari

 Photo: Anwar: Putrajaya gagal tangani isu Lahad Datu walaupun selepas 23 hari. Anwar menegaskan kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu.   PETALING JAYA, —Putrajaya dilihat gagal menangani insiden keganasan di Lahad Datu kerana walaupun setelah 23 hari militan bersenjata Filipina menceroboh negeri Sabah, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Mengambil contoh insiden di Sauk pada 2000, Anwar menegaskan, kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu, kerana pasukan keselamatan berjaya menyelesaikan pemberontakan kumpulan Al-Maunah dalam masa empat hari. “Kegagalan di peringkat kepimpinan, dalam menyelesaikan insiden di Lahad Datu terbukti apabila kes ini tidak selesai walaupun selepas 23 hari,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. “Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan? kenapa perlu tunggu 23 hari? berlaku kelemahan dalam memberi arahan,”tegasnya. Situasi berbeza turut dijanjikan Anwar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini, yang mana jelasnya tidak akan memperjudikan maruah dan kedaulatan negara. “Polis dan tentera, bila ada situasi seperti itu perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas, saya rasa ia tiada di sana. “Jika kita ambil alih, kita janji kita tidak akan benarkan mana-mana militan masuk ke negara ini ...  demi kedaulatan dan maruah negara,” katanya kepada pemberita di sini.
 
Anwar menegaskan kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu.

PETALING JAYA, —Putrajaya dilihat gagal menangani insiden keganasan di Lahad Datu kerana walaupun setelah 23 hari militan bersenjata Filipina menceroboh negeri Sabah, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Mengambil contoh insiden di Sauk pada 2000, Anwar menegaskan, kepimpinan kerajaan dilihat gagal untuk menyelesaikan insiden itu, kerana pasukan keselamatan berjaya menyelesaikan pemberontakan kumpulan Al-Maunah dalam masa empat hari.
“Kegagalan di peringkat kepimpinan, dalam menyelesaikan insiden di Lahad Datu terbukti apabila kes ini tidak selesai walaupun selepas 23 hari,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan? kenapa perlu tunggu 23 hari? berlaku kelemahan dalam memberi arahan,”tegasnya.
Situasi berbeza turut dijanjikan Anwar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini, yang mana jelasnya tidak akan memperjudikan maruah dan kedaulatan negara.
“Polis dan tentera, bila ada situasi seperti itu perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas, saya rasa ia tiada di sana.
“Jika kita ambil alih, kita janji kita tidak akan benarkan mana-mana militan masuk ke negara ini ... demi kedaulatan dan maruah negara,” katanya kepada pemberita di sini.

Minggu, 02 Maret 2014

GAMBAR Darah Pejuang Palestin Yang ‘Masih Cair’ Walaupun Lama Di Bilik Mayat

GAMBAR: Darah Pejuang Palestin Yang Masih Cair Walaupun Lama Di Bilik Mayat

Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi SAW sabdanya :
“Tidak satu pun orang yang telah masuk syurga ingin hendak kembali ke dunia, walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya, kecuali orang-orang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, lalu dia tewas (syahid) di dunia sampai sepuluh kali kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang mati syahid.”
Sama-sama kita kita renung-renungkan gambar di atas.
Gambar diambil oleh seorang sahabat di Gaza, Palestin di sebuah bilik mayat.
Darah di dalam ‘tray’ di bilik mayat di Hopital di Gaza City ini masih lagi cair seperti sedia-kala.
Tidak mustahil orang yang diletakkan dalam tray bilik mayat ini telah mati syahid.
Darah itu tidak beku dan amat mustahil di dalam bilik mayat ini; untuk darah tidak menjadi beku.
Ini bukan magic show, ini adalah kenyataan yang disaksikan sendiri oleh peserta delegasi Misi Solidariti ke Gaza 2012 tidak lama dulu.
Itulah bumi para ambia dan bumi barakah Gaza, Palestin.
Wallahualam…
SUMBER

Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah