Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

Wanita Kata Nyaris Dirogol Budak 13 Tahun Harus Didakwa Sekali



budak rogol
Semalam, ketika Mynewshub menyiarkan berita bagaimana seorang wanita di Melaka memuat naik gambar dan butiran peribadi seorang budak lelaki berumur 13 tahun yang dia dakwa cuba merogolnya, ada sebahagian pembaca yang marah.
Mereka marah kepada budak itu….namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?
Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.
Apakah kita benar-benar pasti budak 13 tahun terbabit dalam cubaan merogol?
(BACA: Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak lelaki 13 Tahun)
Atau gambar-gambar yang tersebar itu adalah untuk kes lain…
Kalau tak silap juga, sebelum ini pun ada jugak kenyataan kononnya dari teman lelaki dia yang menyelamatkan dia dari dirogol…tapi kisah terbaru takda pun sebut pasal teman lelaki.
Kalau iye pun, proses keadilan untuk menentukan kesahihan kejadian itu masih panjang…bermula dari laporan polis hingga ke mahkamah.
Diikuti soal-balas antara peguam untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah sebelum hakim membuat keputusan.
Namun kini gambar dan segala butiran peribadi kanak-kanak itu telah tersebar. Bukan hanya kanak-kanak itu yang menjadi mangsa, mungkin ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa ejekan dan sindiran serta pemulauan.
Hanya kerana seorang wanita yang tidak kelihatan mukanya dan profile Facebok yang agak misteri membuat kenyataan yang kononnya dia nyaris dirogol, maka kita harus terima 100 peratus?
Dalam Islam pun menyebut keperluan 4 saksi yang boleh dipercayai apabila menuduh seorang wanita melakukan zina.
Bukan satu bukan dua tapi empat, dan contoh ini memperlihatkan bila hendak menegakkan keadilan, prosesnya tidak boleh dilakukan melalui kata-kata beberapa orang tertentu sahaja. Ada garis panduan dan peraturan lain yang perlu dipenuhi.
Dalam kes ini lagi teruk, yang kononnya mengaku dirinya menjadi mangsa mengunakan medium Facebook untuk menceritakan versinya dan sebahagian kita mula menerima dengan penuh semangat.
Apa pula cerita di pihak remaja itu? Mungkin dia ada versi lain. Kita tidak berada di tempat kejadian jadi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Namun,  satu yang pasti, wanita yang mengaku menjadi mangsa itu telah terang-terangan melakukan satu kesalahan lain.
Dia telah mendedahkan semua butiran kanak-kanak itu termasuk wajah, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya sekali.
Sekali lagi…dia boleh mendakwa dirinya menjadi mangsa, tetapi dia tidak ada hak mendedahkan semua perkara itu sehingga kes disiasat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.
Malah, kalau ikut undang-undang, lepas putus hukuman pun tidak boleh dedahkan identiti remaja bawah umur.
Undang-undang diciptakan ada sebabnya dan ia perlu dipatuhi demi memastikan masyarakat wujud dan bergerak dalam suasana harmoni dan teratur.
Wanita dalam kes itu boleh dikatakan dengan jelas melanggar peraturan Akta Kanak-kanak 2001 – yang menetapkan bahawa Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Akta ini adalah untuk menjaga maruah dan kesihatan mental suspek juvenil.
Apa hak wanita itu untuk siarkan gambar kanak-kanak itu sedangkan fakta kejadian belum dapat disahkan sepenuhnya.
Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya. Pembuktikan itu pula perlu melalui proses dari peringkat penyiasatan polis kepada keputusan hakim.
Kalau wanita itu rasa dia mangsa pun, dia masih terikat dengan undang-undang lain yang digubal jauh lebih awal daripada dakwaan dia nyaris dirogol seorang remaja 13 tahun.
Memandangkan dengan jelasnya dia telah melanggar Akta Kanak-kanak dan dengan selambanya memalukan aggota keluarga lain kanak-kanak itu, maka wanita berkenaan juga perlu didakwa.
Kes dia dengan kanak-kanak itu satu hal….kes dia melanggar Akta Kanak-kanak satu hal yang lain.
Kalau di akhir siasatan terbukti berlaku salah faham atau wanita itu mereka cerita…apakah yang akan berlau kepada keluarga dan ibu bapa remaja itu dan remaja itu sendiri kerana kemusnahan terhadap imej dan maruah mereka sudah pun berlaku kerana seorang merasakan dirinya terlalu bijak untuk mendedahkan butiran peribadi seorang kanak-kanak bawah umur.
Ada sebabnya Akta Kanak-kanak itu diwujudkan. Bukan untuk wanita itu atau remaja 13 tahun berkenaan, tapi untuk mewujudkan satu sistem dan melindungi kita semua dalam sesuatu keadaan. Jadi hormatilah ia.

Sumber : MyNewsHub

Sabtu, 28 Desember 2013

Senarai 8 Wanita Yang Menjual Dara Mereka

JD8


Berikut adalah senarai lapan wanita yang diketahui menjual keperawanan mereka secara terbuka. Sebahagian besar daripada mereka berbuat demikian untuk mencari wang bagi melanjutkan pelajaran.
JD1
Catarina Migliorini berumur 20 tahun ketika menjual daranya kepada seorang jutawan Jepun. Dia berasal dari Brazil dan mendapat bayaran lebih RM2 juta.
JD2
Natalie Dylan merupakan seorang pemegang ijazah dalam bidang Pengajian Wanita dari Universiti Sacramento State. Pada asalnya, wujud khabar angin daranya mencapai nilai ‘bidaan’ RM11 juta namun menurut pihak yang menguruskannya, urusniaga itu tidak pernah menjadi realiti. Natalie bagaimanapun tetap membawa pulang hampir RM750,000.
JD3
Seorang gadis dari New Zealand menggunakan nama ‘Ungirl” mengikuti jejak Natalie Dylan. Dia menerima 1,200 bidaan dan berakhir dengan dia menerima tawaran bernilai hampir RM100,000.
“Jumlah itu jauh lebih banyak daripada apa yang saya impikan,” wanita itu dilaporkan berkata.
JD4
Alina Percea yang berasal dari Romania mendakwa menjual daranya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengkomputeran. Seorang usahawan Itali membayar RM52,000 untuk dara gadis manis itu.
JD5
Tidak ketinggalan dalam perdagangan dara adalah Rosie Reid, seorang remaja lesbian yang berumur 18 tahun. Dia menjual daranya untuk meneruskan pelajaran ke Bristol University. Selepas 2,000 bidaan, seorang jurutera berusia 44 tahun yang juga duda anak dua berjaya memperoleh habuannya.
Rosie dilaporkan menyesal dengan tindakannya itu. Selepas daranya hilab, dia dan teman lesbian, Jess Cameron menangis berhari-hari. AMARAN: Dara yang sudah dijual tidak akan dikembalikan.
JD6
Rafella Fica…Fuhhhh… Model bikini dan bintang program realiti berusia 20 tahun hanya bersedia memberikan daranya melalui kemasyhuran dan kekayaan. Dia hanya bersetuju untuk menurunkan seluar dalamnya jika ada lelaki yang sudi membayar RM5.1 juta. Katanya, dia mahu menggunakan wang berkenaan untuk membeli sebuah rumah dan mengikuti kelas lakonan.
JD7
Graciela Yataco adalah wanita yang bertanggungjawab memulakan trend menjual dara. Pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun, Graciela Yataco, seorang model di Peru tidaklah terlalu menyerlah. Ketika itu, dia terpaksa menangung perbelanjaan perubatan ibunya dan yuran adik lelakinya. Dia menerima tawaran RM4.5 juta daripada seorang lelaki Kanada. Namun, kutukan dan email hinaan yang diterima dari masyarakat negaranya menyebabkan Graciela membatalkan hasratnya pada saat-saat terakhir.
JD8
The Gumtree Girl – Seorang gadis Sekolah Katolik Irish berusia 16 tahun mengiklankan dirinya di laman web Gumtree. Seorang wartawan berjaya membida sehingga harga RM30,000. Tujuan wartawan berkenaan adalah untuk memastikan kesahihan identiti The Gumtree Girl. Apabila mereka bertemu, memang terbukti The Gumtree Girl adalah seorag budak sekolah berumur 16 tahun. Pelajar itu bagaimanapun menarik diri dan berkata tindakannya itu hanyalah satu lawak jenaka apabila wartawan berkenaan mendedahkan identiti dirinya.

Sabtu, 21 Desember 2013

Lelaki Langgar Teman Wanita Hingga Maut

Lelaki

Seorang lelaki didakwa di mahkamah daerah Singapura semalam yang menyebabkan teman wanitanya mati di sebuah kawasan letak kereta di Jurong pada Ahad dua minggu lalu.
Pemandu logistik, Liu Zhingwei, 31, dituduh memandu keretanya kehadapan sementara teman wanitanya yang juga merupakan seorang guru tadika, Li Minna, 32, sedang berdiri dihadapan kereta tersebut.
Kejadian tersebut telah meragut nyawa teman wanitanya itu.
Justeru, dia disabitkan pertuduhan perlakuan yang tidak disengajakan yang menyebabkan kematian seseorang.
Liu dipercayai meninggalkan tempat kejadian setelah teman wanitanya dilanggar.
Namun, masih tidak mengetahui adakah dia akan mengaku bersalah.
Kemalangan tersebut berlaku pada 14 Julai lalu di tempat letak kereta Bird Park Drive, off Jalan Ahmad Ibrahim lebih kurang jam 9.30 malam.
Memetik laporan The Straits Times, pasangan tersebut telah menjalinkan hubungan selama setahun dan telah tinggal bersama di sebuah flat di Jurong sejak Mac tahun ini.
Dalam pada itu, akhbar Lianhe Wanbao melaporkan pasangan itu merupakan jiran dan juga rakan sekelas dari Changchun, wilayah Jilin, China.
Mereka menjalinkan hubungan ketika berjumpa semula di Singapura lebih setahun lalu.
Permohonan reman terhadap Liu diluluskan selama seminggu oleh hakim bagi memberi masa kepada Jabatan Polis Bedok untuk melakukan siasatan lanjut.
Sidang mahkamah seterusnya akan diadakan pada 29 Julai ini.
Jika bersalah, Liu akan menghadapi lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: The Straits Times

Jumat, 22 November 2013

Bukti Wanita Susah Ditebak

http://www.iconarchive.com/icons/deleket/sleek-xp-basic/256/Office-Girl-icon.png
Jika kau menciumnya, kau bukan gentleman
Jika kau tidak menciumnya, kau bukan lelaki
Jika kau memujinya, ia akan mengira kau ngegombal
Jika kau tidak memujinya, kau adalah lelaki tak berguna
Jika kau setuju semua keinginannya, dia akan ngelonjak
Jika kau tidak setuju, kau tidak pengertian
Jika kau bercinta dengannya, kau dicurigai “sudah ahli”
Jika kau tidak bercinta dengannya, kau bukan lelaki
Jika kau kunjungi dia sering-sering, dia pikir kau membosankan
Jika tidak kau kunjungi sering-sering, dia menuduhmu main sama orang lain
Jika kau berpakaian rapi, dia bilang kau menarik perhatian wanita lain
Jika kau tidak berpakaian rapi, dia bilang kau berantakan
Jika kau cemburu, dia bilang kau jahat
Jika kau tidak cemburu, dia bilang kau tidak cinta padanya
Jika kau ingin bercinta, dia kata kau tidak menghormatinya
Jika kau tidak ingin bercinta, dia pikir kau tidak suka padanya
Jika kau telat satu menit, dia akan marah-marah
Jika dia telat satu jam, dia bilang itu memang seharusnya seorang wanita
Jika kau mengunjungi wanita lain, dia akan menuduh kau punya wanita lain
Jika dia dikunjungi lelaki lain, “Oh! Sudah biasa, kami wanita!”
Jika kau menciumnya sebentar, dia tuduh kau orangnya dingin
Jika kau menciumnya lama, dia teriak bahwa kau kurang ajar
Jika kau gagal membantu dia menyeberang jalan, kau kurang etika
Jika kau berhasil membantunya menyeberang jalan, dia anggap itu taktik lelaki
Jika kau menatap wanita lain, dia tuduh kau buaya
Jika dia ditatap lelaki lain, dia berkata bahwa mereka mengaguminya
Jika kau membiayai hidupnya, dia pikir kau meremehkannya
Jika kau tidak membiayai hidupnya, dia pikir kau peli
Jika kau bercinta dengan wanita lain, dia minta putus
Jika dia bercinta dengan lelaki lain, “Bukan salahku! Dia yang memaksa!
Jika kau berhasrat bercinta dengannya, dia anggap hanya itu yang kau inginkan
Jika kau tidak berhasrat bercinta dengannya, dia anggap kau jual mahal
Jika kau bicara, dia ingin kau sendiri mendengar yang kau bicarakan
Jika kau mendengar, dia ingin kau yang bicara
Jika saat bercinta dia diam saja,dia minta dicumbu
Jika saat bercinta kau diam saja, dia juga diam saja
Jika dia menangis, kau salah telah membuatnya menangis
Jika kau menangis, dia pergi darimu karena kau bukan lelaki sejati
Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah