Jumat, 21 Februari 2014

Lelaki yang memperkosa puteri bungsunya dibunuh dan mayatnya dimakan anjing

 GAZA - Warga Al-Nuseirat menculik seorang banduan (napi) dari penjara, lalu membunuhnya.

Al-Nuseirat adalah kem pelarian di Jalur Gaza. Menurut laporan Al Jareema dan dikutip laman Emirates247, Isnin (29/10/2012), banduan yang hanya dikenali ZA (44) ditangkap atas tuduhan menghamili puteri bungsunya.

Peristiwa bermula ketika   pihak keluarga mendapati puteri bungsu ZA yang berumur 16 tahun, sudah hamil cukup besar. Setelah ditanya, ia mengungkapkan bahawa ayahnya telah berulang kali memerkosanya, setiap kali isterinya sedang tidak ada di rumah.
Saat hendak menggarap darah dagingnya sendiri, lelaki pengangguran meyakinkan gadis kecilnya, bahawa dia tidak akan hamil.

Singkat cerita, keluarga menyerahkan ZA ke polis , yang kemudian memenjarakannya. Namun, sejumlah anggota keluarga besar mangsa, tidak puas dengan hukuman yang diterima ZA. Mereka lantas memutuskan untuk membunuh ZA.

Mereka kemudian menculik ZA dari penjara, membunuhnya, lantas membuang mayatnya. Beberapa hari kemudian, polis  menemukan jenazah ZA sedang dimakan anjing liar. (*)

Kamis, 20 Februari 2014

Selera terbantut

myMetro 29 April 2013

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
Kuala Kangsar: Dua warga emas yang sedang menjamu selera nyaris maut apabila sebuah kereta terbabas sebelum merempuh rumah mereka di Taman Perumahan Awam Kuala Kangsar, Jalan Manong, di sini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, pemandu kereta model Nissan itu dikatakan memandu dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang sebelum berlaku kemalangan.
Sumber polis berkata, pemandu kereta yang juga seorang lelaki berusia 50-an didapati baru saja meminum dua botol minuman keras sebelum memandu kereta untuk pulang ke rumahnya.

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan ketika memandu sebelum melanggar jeriji besi pintu gelongsor hadapan rumah mangsa hingga rosak teruk.
FotoKEADAAN rumah mangsa selepas dirempuh sebuah kereta tengah hari semalam.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kaca pada gelungsur pintu rumah mangsa berkecai. Dua penghuni warga emas yang berada di dalam rumah itu bagaimanapun terselamat.

Rabu, 19 Februari 2014

Ganti rugi bekas tahanan ISA dikurangkan dari 3 3 juta kepada RM300 000

sinarharian
3 Disember 2012
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan bekas tahanan Akta Kelamatan Dalam Negeri (ISA) Badrul Zaman P.S. Mohamad yang ditahan menyalahi undang-undang tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi yang diberikan kepadanya dari RM3.3 juta kepada RM300,000.
 
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang mengetuai panel  hakim tiga anggota sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan superintenden Pusat Tahanan Ententing, timbalan menteri Dalam Negeri dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penahanan Badrul Zaman menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.
 
Bagaimanapun, panel itu, yang terdiri daripada Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan mereka berhubung kuantum.
 
"Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum (memberi RM3.3 juta kepada Badrul Zaman) diketepikan dan digantikan dengan anugerah RM300,000," kata Syed Ahmad Helmy.
 
Mahkamah juga memerintahkan Badrul Zaman dibayar lapan peratus faedah setahun dari tarikh kes saman itu difailkan pada 30 Nov 1994 sehingga kes itu selesai.

Mahkamah juga memberi RM15,000 kos guaman kepada Badrul Zaman.
 
Sebaik mendengar keputusan itu, Badrul Zaman berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim. 
 
Peguam Badrul Zaman, M.Manoharan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah memberitahu pemberita selepas prosiding bahawa dengan faedah, jumlah ganti rugi yang bakal diperoleh anak guamnya mencecah lebih RM800,000.
 
Manoharan yang juga bekas tahanan ISA berkata beliau gembira tahanan anak guamnya diisytiharkan menyalahi undang-undang, tetapi berkata beliau akan membawa isu berhubung kuantum ke Mahkamah Persekutuan.
 
Badrul Zaman ditahan selama tiga tahun dari 1991, atas dakwaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing. 
 
Perintah tahanannya dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi berkuat kuasa 14 September 1993.
 
Dalam saman itu, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mencabar kesahihan perintah penahanan pertama selama dua tahun.
 
Bagaimanapun, beliau mencabar perintah tempoh lanjutan penahanan itu untuk tempoh dua tahun lagi yang dikeluarkan timbalan menteri Dalam Negeri.
 
Beliau dibebaskan pada 1994 selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan habeas corpusnya.
 
Peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili superintenden Pusat Tahanan Ententing, timbalan menteri Dalam Negeri dan kerajaan. - Bernama

Selasa, 18 Februari 2014

Amalan Amalan Sunat Yang Di Lakukan Pada Bulan Ramadhan




Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Quran
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Quran pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

2. solat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara Ente bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

3. memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.


4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun ". (Bukhari Muslim)

5. bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. itikaf
Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. Itikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beritikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut Itikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Quran, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

7. umrah
Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."
8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah akaun pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya sekadar tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
"Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."
Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair
 
-Tabekpuang

Senin, 17 Februari 2014

2 Lelaki Ditangkap Jadikan Gadis Hamba Seks

2 Lelaki Ditangkap Jadikan Gadis Hamba Seks

SEORANG remaja wanita yang dilaporkan hilang telah dijumpai di sebuah ladang ganja di California.
Pihak polis mendakwa gadis itu telah dikurung di dalam peti besi bersaiz 1 meter yang diubah suai sebagai ‘penjara’ dan dijadikan sebagai hamba seks untuk beberapa hari.
Memetik laporan KGO TV San Francisco, gadis itu telah dibawa ke pusat perlindungan manakala dua suspek lelaki, Ryan Balletto, 30 dan Patrick Pearmain, 25 telah ditangkap.
Kedua-dua lelaki itu ditangkap atas kesalahan menculik gadis berumur 15 tahun, merogol serta dijadikan hamba seks.
Gadis itu dilaporkan hilang di Los Angeles pada April lalu namun tidak pasti bila sebenarnya gadis itu hilang.
Gadis itu telah menghubungi polis dan memberitahu dia berada dalam keadaan selamat.
Pihak polis telah mengesan talian itu dan didapati panggilan tersebut dibuat di sebuah motel di barat Sacramento dimana dia dan dua lagi suspek dijumpai.
Polis turut merampas 1400 pasu pokok ganja, 22 laras senjata api yang disorokkan termasuk senapang dan pistol serta rak kayu yang digunakan untuk aktiviti perhambaan seks.
Pihak berkuasa juga mendakwa berkemungkinan suspek juga mempunyai beberapa orang lagi mangsa yang masih belum dapat dikenal pasti.
Oleh: HARITS ASYRAF

Minggu, 16 Februari 2014

Abdallah Said Al Bishi Kisah Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi




Abdallah Said Al- Bishi | Kisah Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi

Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.

Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006.


Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.

Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.

Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.


Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.

Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.

Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.

Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.

”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.


Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.

Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.

Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.

” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,” ujarnya.

Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.

Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.

Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.

Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.

Bagi memuluskan tugasnya, Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.

Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.



Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan.

Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.

Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki.

Pesalah potong tangan dibius dulu.

Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung

” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya. — Agensi.

Sabtu, 15 Februari 2014

Alasan Eek Berwarna Kuning


Kembali lagi di #TanyaJawabMBDC, tempatnya Ente bertanya segala macam pertanyaan yang tidak bisa dijawab oleh Bu Guru dan Pak Guru. Yah, walaupun mereka itu bak pelita, penerang dalam gulita, tapi belum tentu mereka mau jawab semua pertanyaan Ente. Tapi MBDC mau! Pertanyaan hari ini datang dari @fahmifarid5 :

Wah, pertanyaan menarik. Tapi sebelum MBDC mulai jawab, Ente udah tahu bedanya Pup, Beol, Eek, sama Berak kan? Supaya yakin aja gitu. Pada dasarnya sih agak kurang tepat ya kalo dibilang eek itu warnanya kuning, karena sebenernya agak kecoklat-coklatan gitu. Tapi emang sih kuningnya cukup dominan. Nah, kenapa sih eek warnanya kuning, bukan yang lain?

1. Supaya Menarik Perhatian

Warna kuning adalah warna yang paling menarik perhatian. Itulah sebabnya papan peringatan itu banyak yang warnanya kuning, supaya perhatian Ente tertarik ke situ. Nah, demikian juga dengan eek. Dengan eek itu warna kuning, maka pastinya perhatian Ente akan tertuju ke situ dan dengan spontan Ente akan berteriak, "Eh, ada eek!!". Coba kalo warnanya biru atau ungu. Pasti Ente gak akan bereaksi seperti itu.

2. Warna Kuning Menimbulkan Perasaan Frustasi dan Marah

Biarpun suka dibilang sebagai warna ceria, tapi warna kuning ternyata bisa menimbulkan perasaan frustasi dan marah. Penelitian membuktikan bahwa seseorang akan lebih murah jika berada di dalam ruangan kuning dan bayi akan lebih sering menangis jika berada di ruangan kuning. Nah, coba kalo ada yang bilang ke Ente, "Eek lo!" Ente pasti frustasi dan marah kan? Begitu juga kalo Ente tiba-tiba melihat ada banyak eek di kamar Ente. Ente juga pasti frustasi dan marah dong? Kalo eeknya warna biru, ntar Ente merasa nyaman trus eeknya Ente biarin gitu aja lagi di kamar Ente.

3. Karena Warna yang Lain Itu�

Biru itu lambang galau dan ungu itu warna janda. Eek itu gak galau dan eek jelas bukan janda. Jadi yah, gitu deh.
Terjawab kan pertanyaannya? Semoga Ente gak bingung lagi ya.
*Punya pertanyaan yang gak bisa dijawab mama Ente? Tanyakan langsung ke MBDC via Twitter (@malesbanget) setiap Sabtu dengan hashtag #TanyaJawabMBDC.
◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah