Senin, 03 Maret 2014

Hubungan Intim Antara Katy Perry Dengan Model Termahal Dunia

Salam semua,




..


Selepas ikatan perkahwinannya bersama pelakon komedi-penyanyi-pengacara, Russell Brand tidak mejadi, ternyata bintang Pop Katy Perry tak mahu menjanda lama-lama. Kecoh satu Hollywood apabila hitmaker The One That Got Away ni dengarnya sekarang sedang hangat menjalin cinta dengan seorang model seksi dari Perancis, Baptiste Giabiconi. Model untuk Chanel, Karl Lagerfeld, Roberto Cavalli dan Giorgio Armani berusia 22 tahun itu juga berstatus model lelaki yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia. Amboi... high taste, high demand.

Menurut Celebzter.com, pasangan itu bertemu ketika di majlis pertunjukkan Chanel sempena Minggu Fesyen Paris, baru-baru ini.

..

"Dia (Baptiste) duduk disebelah Perry sepanjang pertunjukkan fesyen berlangsung. Kemudian esoknya ketika kami keluar bersama-sama untuk makan malam, mereka kelihatan berpegangan tangan dan nampak sangat mesra. Pendek kata macam belangkas, memang tak dapat dipisahkan", kata seorang sumber.

Sumber tersebut juga memberitahu pasangan itu sepatutnya keluar temujanji dan makan malam dalam suasana penuh romantik pada minggu itu, tapi malangnya satu kebakaran telah berlaku berhampiran hotel Katy Perry.

Tambah sumber itu lagi, Baptiste telah menempah satu jambangan bunga yang sangat besar untuk Perry, sayangnya jambangan itu tidak dapat diberikan kerana penghantar bunga yang sepatutnya menghantar bunga itu, cedera akibat kebakaran tersebut.

Sementara teman rapat Baptiste, Puteri Kasia Al-Thani pula memberitahu, kawannya itu merupakan seorang model dan pemuzik yang hebat. Dia lelaki yang baik dan sangat sempurna untuk Katy Perry. 

The Sun turut melaporkan, pasangan itu dilihat berdua di luar sebuah hotel lima bintang di bandar itu dan mereka kelihatan begitu selesa antara satu sama lain.

..


Selain menurut satu lagi sumber, walaupun mereka dalam satu kumpulan rombongan dan di kelilingi ramai orang namun mereka nampak seperti pasangan yang memang sedang hangat bercinta. Mereka sangat secocok.

Patah tumbuh hilang berganti. Dengan orang British dia gagal, sekarang dia cuba pulak dengan orang Perancis. Selamat berbahagia Katy Perry!

- mD [sumber]

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Blog abah